Thursday, 12 April 2012

Tembelang Zuraidah Mak Lampir Semakin Membusuk???



Sebut sahaja nama Zuraidah Kamaruddin, maka akan terbayanglah kepada kita akan bentuk tubuh seorang wanita yang sukar menghayun punggung lebarnya selain mulut yang tidak pernah dijaga daripada perkara-perkara membabitkan fitnah. Sebut sahaja nama Zuraidah Kamaruddin, maka akan tahulah kita tentang seorang Ahli Parlimen yang tidak pernah tahu bagaimana hendak menjalankan tugasnya dengan amanah yang dipertanggungjawab ke atas bahunya. Malah bagi penduduk Ampang, terutama sekali yang terlibat dalam masalah banjir di Lembah Jaya Utara, nama Zuraidah Kamaruddin bagaikan puaka dan lembaga hitam yang kerjanya tidak lain tidak bukan, hanyalah memperolokkan kesusahan orang lain dengan badut dan penghinaannya. Masalah banjir yang menimpa sebahagian besar penduduk Lembah Jaya Utara tidak pernah menyentuh hatinya sebaliknya pada ketika mangsa banjir bertungkus lumus cuba mendapatkan segala macam bantuan asas, Zuraidah Kamaruddin lebih sibuk menumpukan perhatiannya kepada isu Shahrizat Jalil dan NFCorps. Ternyata, Zuraidah Kamaruddin yang sebelum ini merupakan warganegara Singapura tetapi disebabkan negara ini cukup bertolak ansur dan terbuka, membolehkan dia menjadi seorang wakil rakyat, gagal menjalankan peranannya selaku wakil rakyat. Tiada ada apa-apa yang dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin di Ampang melainkan dari semasa ke semasa, dia terlalu sibuk berceramah sana sini dan menjaja cerita buruk tentang pemimpin UMNO dan UMNO yang telah memberikan peluang kepadanya untuk menjadi Ahli Parlimen menerusi dasar negara. Bagaimanapun pemecatan bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Isa Saidi, membuka satu ruang baru yang membusukkan Zuraidah Kamaruddin. Isa Saidi mula melepaskan perasaan sakit hatinya apabila Zuraidah mengusulkan kepada pimpinan tertinggi PKR untuk memecatnya serta-merta selepas dia mengusulkan kepada Azmin Ali untuk keluar dari PKR atau menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya, telah berikrar untuk mendedahkan pelbagai tembelang Zuraidah Kamaruddin dalam kempen dan ceramah di seluruh Ampang. Nama Isa Saidi tidaklah sebesar mana di Ampang, baik sewaktu dia masih menjadi ahli UMNO mahupun selepas dia masuk PKR dan menjawat jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang. Namun disebabkan ianya membabitkan Zuraidah Kamaruddin, maka ramailah yang ingin mendengarnya. Sekaligus memberikan isyarat kepada Zuraidah Kamaruddin dan PKR sendiri bahawa Ampang bukan lagi kawasan selamat. Pembohongan serta kedurjanaan Zuraidah Kamaruddin yang dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis MPAJ untuk menyamun dan merompak di daerah Ampang, mulai mendapat reaksi negatif daripada penduduk serta pengundi. Isa Saidi mempersoalkan tentang kesahihan berita yang Zuraidah Kamaruddin sebenarnya masih lagi warganegara Singapura ketika bertanding sebagai calon PKR di Ampang pada PRU12 yang lalu. Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang itu juga mempersoalkan tentang masalah moral Zuraidah Kamaruddin selain pembabitan Zuraidah Kamaruddin dalam ‘dunia gelap’ yang menguasai pelbagai rumah urut, kegiatan maksiat dan judi haram yang turut membabitkan beberapa orang orang Ahli Majlis MPAJ yang telah dikenal pasti sebagai kepala samseng dan penjahat. 



Perlu diingat, Zuraidah pernah membawa masuk seorang bekas penjenayah sebagai Ahli Majlis MPAJ yang kemudian mendapat tentangan kuat daripada penduduk. Zuraidah akhirnya terpaksa akur dan bekas penjenayah tersebut terpaksa meninggalkan jawatan Ahli Majlis MPAJ. Pun begitu, ganti kepada bekas penjenayah tersebut cukup dikenali dengan penguasaan video game haram di sekitar Ampang, manakala seorang lagi Ahli Majlis sangat terkenal dengan perniagaan lintah daratnya iaitu Ceti Haram! Mungkin disebabkan itulah, Zuraidah sentiasa mengambil pendekatan menyerang kerana polisi menyerang akan menyebabkan segala tembelang dan kemuruknya perangai Zuraidah tidak diperkatakan. Namun apabila Zuraidah bermain api dengan orang yang tidak kurang gedebenya, nampaknya selepas ini Zuraidah Kamaruddin terpaksa membayar kifarah atas dosa-dosa fitnah yang sudah menjadi sebahagian daripada sel-sel tubuhnya. 


p/s: Abih la kau lepas ni Mak Lampir ooiiiii.... kain ko diselak oleh diri ko sendiri lepas ni... tak guna pakai tudung kat kepala tapi perangai macam ni jadinya...